CINTA ALLAH CINTA SEJATI

Ya Rabb..
janganlah Engkau Palingkn hati ini
setelah Engkau beri aku Hidayah
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih.

Wednesday 5 September 2012

Ramadhan Penawar Bagiku

assalamualaikum buat teman-teman yang dikasihi..

agak lama jari jemari ini tidak mengarang kisah suka duka gelak tawa yang menjadi rencah dalam hidupku ini since last post yang saya kongsi bersama kalian.

mungkin agak terlewat untuk menyampaikan Salam Syawal buat sahabat sekalian. Jadi dikesempatan Syawal yg masih bersisa ini saya Siti Mursyidah Ramlee, hambaNya yang tidak sempurna, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai selama perkenalan ada khilaf dan tersinggung mana-mana hati,harap dapat dimaafkan.

sesungguhnya bila datangnya Syawal pada kita, bulan "gembira" itu dirai semeriahnya dan ditinggalkan Ramadhan yang akan dirindui bagi mereka-mereka yang mukmin.

Bulan yang penuh berkat,rahmat dan mustajab doanya.

Jika diimbas kembali betapa ruginya saya dan mungkin anda juga yang sebelum ini membiarkan Ramadhan yang lalu berlalu dengan sia-sia tanpa mengejar keberkatan yang ada, yang dijanjikan Dia buat kita hamba-hambaNya ini.

Biarlah ditayangkan,diperdengarkan mahupun dibacakan kelebihan-kelebihan bulan itu pada kita tetapi jika tanpa ada rasa sedar dan patuh akan perintahNya maka akan tersia lah Ramadhan bagi mereka.

saya juga hamba Allah yang tidak sempurna yang mungkin lalai bersama-sama ujian-ujian Allah yang nampak indah dimata.tetapi tanpa sedar keindahan itu hanyalah dugaan menguji sejauh mana terpesong nya kita pada nikmat Allah yang sementara ini.

bersyukur dengan petunjuk dan kesempatanNya yang masih memberi peluang untuk saya sedar dari mimpi dunia dan kembali kepada fitrah yang sebenar, Ramadhan ini saya rasakan sungguh memberi kesan dan seribu satu kelebihan dan ketenangn kepada permata yang tidak ternilai ini iaitu hati...

dengan adanya yakin akan janji Allah bagi mereka yang kembali kepadaNya, yakin dengan kehebatan doa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, jadi saya juga seperti kamu yang mungkin mempunyai hajat dan harapan yang mahu diperkenankan olehNya.

ditekadkan hati dijitukan azam untuk memperoleh Ramadhan yang terbaik dari lembaran-lembaran yang lalu.
dan dengan berkat keluarga yang sama-sama menuju kepuncak yang sama, Alhamdulillah, mungkin tidak sehebat amalan mereka yang lain yang bisa bersama-sama berjemaah di masjid-masjid mahupun surau untuk tarawih, saya hanya mampu menjalankan ibadah dengan keupayaan yang terbatas.
terkadang menitis air mata mengenangkan diri yg dulunya sihat dan cukup upaya tetapi mensia-siakan peluang itu.
mengeluh tidak sekali tetapi penyesalan itu hanya diri ini yang tahu.

malam-malam itu di usahakan untuk merintih dan merayu padaNya. dipohon keampunan untuk segala kelalaian,segala perbuatan yang sia-sia, dosa-dosa yang pernah dilakukan dan perintah yang terabai sebelum ini. dan yang paling dihajati supaya Allah memberi peluang semula untuk saya menghargai nikmat anggota badan yang diuji ini.

Dengan yakin dan bersangka baik terhadap perancangan yang Allah telah tetapkan untuk saya. Akhirnya Dia Yang Maha Kuasa,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memakbulkan hajat yang selama ini saya adukan,yang saya tangiskan. sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar..

enam bulan ditarik nikmat itu dan dengan berkat kesabaran dan yakin akan kekuasaan Allah, Dia akhirnya memberi kembali apa yang dirasakan hilang buat sekian lama.

bermula dengan perlahan-lahan dapat kembali bersujud dengan sempurna, hanya air mata yang dapat menggambarkan segalanya. enam bulan yang dilalui sebelum ini, dengan sendiri dirasakan hanya tempoh masa yang singkat.

Terima Kasih Ya Allah..

diperkenankan doaku,hajatku. semoga saya dapat terus istiqamah dalam meniti hari-hari yang mendatang.
hanya satu pintaku,
Ya Allah, jangan Kau palingkan hati ini setelah kau beri hidayah ini kepadaku..

Alhamdulillah Syawal ini permulaan yang baru bagi hidup saya..
Allah tunjukkn kasih dan sayangNya yang tak ternilai

percayalah wahai sahabat,
bila mana kita bersabar dan redha dengan setiap perancangan Allah untuk kita,
akan dititipkan bagi kita satu keindahan dan kenikmatan yang tidak tergambar dengan kata-kata
bersangka baiklah dengan Allah dengan setiap apa yang telah Dia tetapkan untuk kita
yakin akan janji Allah..
jika bukan disini, DISANA pasti!

terima kasih buat ibu abah keluarga serta sahabat-sahabat yang tidak putus-putus berdoa dan memberi semangat dan harapan di saat diri ini lemah..
doa kalianlah ubat buat saya. hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian :):)

salam kasih buat kamu semua
Insyallah bertemu di entry akan datang ^_^






Thursday 21 June 2012

PETUNJUK JALAN NYA..

assalamualaikum sahabat yang saya kasihi sekalian.
semoga anda sentiasa berada dibawah payung Redha Allah Yang Maha Pengasih. Insyallah..
entry kali ini saya nukilkan khas untuk pedoman bersama anda wahai sahabat-sahabat saya yang sangat saya kasihi.

bermula dengan perjalanan seorang hamba yang bertatih mengenal wajah dunia yang bermacam warnanya, yang bermacam bentuknya..saya juga seperti hamba-hamba Nya yang tidak lepas dari kealpaan,kelalaian yang akhirnya mencemarkan sehelai kain putih yang dijaga rapi sejak mula bisikan azan singgah ke cuping ini.
betapa peritnya mengenangkan kembali titik-titik hitam yang dilakar sendiri oleh tangan pemberian Nya ini.
nikmat tubuh badan sihat sempurna yang sepatutnya dicipta khas untuk bertawajjuh kepada Dia yang memberi nikmat.tetapi akhirnya dicemari dengan perkara-perkara hitam dan kelam yang akhirnya membinasakan diri saya sendiri.

tetapi Allah itu Maha Pemurah..
ditunjukkan dan diberikan mereka-mereka yang berada disekeliling untuk dilemparkan tali ke arah saya supaya bersama-sama mereka mengejar Cinta Illahi. 
tetapi hati ini,hati yang lebih mendorong kepada asyiknya, indahnya kecantikan dunia memilih cinta dunia yang sia-sia..

hati yang dianugerahkan molek dan suci sifatnya, akhirnya menjadi keras dan semakin lupa siapa lah aku di bumi Nya Yang Maha Pencipta ini. 
hari-hari dilalui dengan gelak ketawa, gurau senda dan bahagia yang dirasakan akan berkekalan ini akhirnya tiba dikemuncaknya..

apabila dengan hanya satu perintah dari Nya, maka diturunkan satu ujian yang sangat besar bagi saya yang selama ini bebas melakukan apa juga yang saya diinginkan..
ditariknya salah satu nikmat yang selama 21tahun saya pelihara sebaiknya.

diusahakan pelbagai cara,ikhtiar pelbagai kaedah,dicarinya ubat-ubatan yang mujarab tetapi sepanjang tiga bulan keadaannya tetap sama. 

hari-hari dilalui amatlah perit dan pedih.
dan dengan izin Allah juga,
melalui seorang hamba Allah, dititipkan beberapa ayat suci Al-Quran untuk saya jadikan amalan.
dengan suara yang terdetik dihati ini berkata "sia-sialah jika kau membacanya tanpa mengetahui akan makna dan kisah disebalik ayat-ayat itu"

lantas tafsir diselak helaian demi helaian,ayat demi ayat dengan terang dan nyata..
dan aku tersedar dari gegelung hitam yang selama ini aku penghuninya..bahawa 'aku tergolong bersama mereka yang lalai,yang hanya kembali mengingati Allah apabila ditimpakan kesusahan keatasnya'


dari titik itu timbul satu perasaan yang selama ini amat jarang singgah dihati ini. malam-malam yang dilalui dipenuhi dengan muhasabah diri, mencari siapalah diri ini tanpa Dia Yang Maha Pencipta. air mata mengalir mengenangkan betapa kerdil jahilnya diri ini disisi Nya.


dan sejak itu bermulalah penghijrahan saya dari satu sisi yang sangat jauh dari Cinta Allah kembali semula kepada Dia yang paling berhak keatas setiap satu umatNya.
hati ini yang dulunya menepis kata-kata nasihat,kembali menerima. 
yang dulu tergelincir dari landasan kembali dipandu.
penampilan yang kononnya menimbulkan kepuasan kembali diperbetulkan dan dimolekkan.

kerana dengan niat....

untuk mencari dan mengejar Cinta Allah Yang Satu.
mengejar Jannah yang pastinya kekal abadi.
menjadi yang terbaik disisi Dia Yang Menciptakan

kerana saya yakin...

Allah menurunkan ujian kepada hambaNya kerana Dia rindu akan rayuan hambaNya.
Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
dan yang pasti Allah Maha Pengampun bagi hambanya yang benar-benar ikhlas bertaubat dan ingin kembali kepada Nya.

berkat doa dan yakin akan Kekuasaan Allah...

walaupun tidaklah pulih sepenuhnya tetapi kesihatan ini sudah menampakkan perubahan ke arah yang lebih baik Insyallah..
yang pasti saya tidak menyalahkan takdir tetapi bertambah bersyukur kerana saya antara hambaNya yang sangat bertuah dipilih untuk menerima ujian Nya ini yang di akhirnya mendapat sebuah "hadiah" yang sangat tidak ternilai iaitu "Cahaya Ilahi".

tetapi " Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi."

dan "Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah."  (Surah Maryam 19:76)  

jadi sama-sama lah kita mengejar Cinta Allah untuk mendapat ganjaran yang terbaik di akhirat yang pastinya kekal abadi..

wassalam.....


**ingin saya kongsikan ayat 'cahaya' yang saya maksudkan diatas tadi iaitu 'surah mukminun ayat 60-80'













Tuesday 5 June 2012

WARKAH BUAT TUHAN...

YA ALLAH YA TUHANKU..SEGALA PUJI BAGIMU TUHAN SEKALIAN ALAM..PENCIPTA LANGIT DAN BUMI SERTA SEKALIAN MAKHLUK...
YA ALLAH, ENGKAULAH TUHANKU...

YA ALLAH..PADA SIAPA LAGI INGIN AKU MENGADU SEGALA SAKIT PERIT DAN SEGALA MACAM RASA YANG BERPERANG DI JIWA PINJAMAN MU INI..

YA ALLAH..PADA SIAPA LAGI INGIN AKU RAYU..
AGAR SEGALA TAUFAN YANG MERIBUT DI HATI CIPTAANMU INI REDA SEKETIKA..
UNTUK AKU NIKMATI KETENANGAN DARI RAHMAT-RAHMATMU..

YA ALLAH..PADA SIAPA LAGI INGIN AKU TANGIS..
ATAS SEGALA DOSA PEDIH DARI TANGAN-TANGAN KOTOR INI YANG GELAPKAN SEGALA CAHAYA IMANMU DAN ATAS SEGALA KESAL DAN TAUBAT YANG AKU POHON DAN RAYU ENGKAU TERIMA..

YA ALLAH YA RAHMAN..
BERAT SUNGGUH BEBAN YANG KAU GALASKAN DI BAHU INI
JIKA BENAR MEMANG INI TAKDIRMU, AKU POHON KURNIAKANKU SABAR..
JIKA MEMANG INI JALANKU KE SYURGA..AKU RAYU TEMANI AKU BERSAMA..
JIKA INI CARANYA UNTUK AKU RASAKAN MANISNYA SYAHID..
AKU RELA DIBENCI MANUSIA..

YA TUHAN..
AKU SEDAR HAYATKU SEMAKIN TERBATAS..
AKU TAHU DOSA SEMALAM BUATKU SUNYI..
NAMUN SYUKURKU ATAS NIKMAT MASA YANG ENGKAU PINJAMKAN..
SYUKURKU ATAS SEDAR DAN HIDAYAH YANG ENGKAU CAMPAKKAN..
BIARLAH MEREKA TERUS BERPALING BENCI, BIARLAH MEREKA TERUS SANGSI DAN KEJI, BIARLAH MEREKA TERUS ENGGAN BERSAHABAT LAGI..
AKU REDHA WALAUPUN ENGKAU TAHU BETAPA PEDIH DI HATI..
MUNGKIN DI SANA ADA JANJIMU..KERNA PENGAMPUNAN DAN PEMURAH ITU ENGKAU...
BUKAN MEREKA....

YA ALLAH YA TUHANKU..
AIR MATA INI HANYA LAYAKNYA UNTUKMU..
CINTA INI HANYA DAMBANYA KEPADAMU..
HARAPAN INI HANYA PINTANYA PADAMU..
AMPUNKAN AKU ANDAI PERNAH AKU MENANGIS  KERNA MANUSIA..
MAAFKAN AKU ANDAI PERNAH AKU KASIHKAN MANUSIA LEBIH DARI CINTAKU PADAMU..
DAN AMPUNKAN AKU JIKA PERNAH BERHARAP DAN MEMINTA PADA MANUSIA..
SEDANGKAN DISANA ENGKAU SENTIASA PERHATI DAN TELITI..
MAAFKAN AKU KERNA TERLUPA..SEDANGKAN ENGKAULAH PENCIPTA..

YA ALLAH...
JIKA HARI INI AKU HILANG SAHABAT KERNA SALAHKU..
NAMUN AKU BERSYUKUR ENGKAU KURNIAKAN SEDAR ATAS KHILAFKU..

JIKA HARI INI AKU RINDUKAN SENDA TAWA SEORANG TEMAN..
NAMUN AKU BERSYUKUR ENGKAU DEKATKAN LAGI HATI INI UNTUK MERINDUIMU..
JIKA HARI INI AKU LIHAT SEORANG SAHABAT YANG AKU KASIHI BERPALING DAN BERMASAM MUKA..
NAMUN AKU BERSYUKUR ENGKAU MASIH MEMBERI PERHATIANMU ATAS SEGALA NIKMAT YANG DI LIMPAH..

UNTUK APA AKU TERUS BERHARAP KASIH MANUSIA..
SEDANG ENGKAU SENTIASA ADA DISANA..
KERNA AKU YAKIN JANJIMU..
SABAR JAMINAN ENGKAU SEBAGAI TEMANKU..

SEGALA PUJI HANYA BAGIMU...



**terima kasih buat seorang abang yang sangat dikasihi....