CINTA ALLAH CINTA SEJATI

Ya Rabb..
janganlah Engkau Palingkn hati ini
setelah Engkau beri aku Hidayah
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih.

Thursday 21 June 2012

PETUNJUK JALAN NYA..

assalamualaikum sahabat yang saya kasihi sekalian.
semoga anda sentiasa berada dibawah payung Redha Allah Yang Maha Pengasih. Insyallah..
entry kali ini saya nukilkan khas untuk pedoman bersama anda wahai sahabat-sahabat saya yang sangat saya kasihi.

bermula dengan perjalanan seorang hamba yang bertatih mengenal wajah dunia yang bermacam warnanya, yang bermacam bentuknya..saya juga seperti hamba-hamba Nya yang tidak lepas dari kealpaan,kelalaian yang akhirnya mencemarkan sehelai kain putih yang dijaga rapi sejak mula bisikan azan singgah ke cuping ini.
betapa peritnya mengenangkan kembali titik-titik hitam yang dilakar sendiri oleh tangan pemberian Nya ini.
nikmat tubuh badan sihat sempurna yang sepatutnya dicipta khas untuk bertawajjuh kepada Dia yang memberi nikmat.tetapi akhirnya dicemari dengan perkara-perkara hitam dan kelam yang akhirnya membinasakan diri saya sendiri.

tetapi Allah itu Maha Pemurah..
ditunjukkan dan diberikan mereka-mereka yang berada disekeliling untuk dilemparkan tali ke arah saya supaya bersama-sama mereka mengejar Cinta Illahi. 
tetapi hati ini,hati yang lebih mendorong kepada asyiknya, indahnya kecantikan dunia memilih cinta dunia yang sia-sia..

hati yang dianugerahkan molek dan suci sifatnya, akhirnya menjadi keras dan semakin lupa siapa lah aku di bumi Nya Yang Maha Pencipta ini. 
hari-hari dilalui dengan gelak ketawa, gurau senda dan bahagia yang dirasakan akan berkekalan ini akhirnya tiba dikemuncaknya..

apabila dengan hanya satu perintah dari Nya, maka diturunkan satu ujian yang sangat besar bagi saya yang selama ini bebas melakukan apa juga yang saya diinginkan..
ditariknya salah satu nikmat yang selama 21tahun saya pelihara sebaiknya.

diusahakan pelbagai cara,ikhtiar pelbagai kaedah,dicarinya ubat-ubatan yang mujarab tetapi sepanjang tiga bulan keadaannya tetap sama. 

hari-hari dilalui amatlah perit dan pedih.
dan dengan izin Allah juga,
melalui seorang hamba Allah, dititipkan beberapa ayat suci Al-Quran untuk saya jadikan amalan.
dengan suara yang terdetik dihati ini berkata "sia-sialah jika kau membacanya tanpa mengetahui akan makna dan kisah disebalik ayat-ayat itu"

lantas tafsir diselak helaian demi helaian,ayat demi ayat dengan terang dan nyata..
dan aku tersedar dari gegelung hitam yang selama ini aku penghuninya..bahawa 'aku tergolong bersama mereka yang lalai,yang hanya kembali mengingati Allah apabila ditimpakan kesusahan keatasnya'


dari titik itu timbul satu perasaan yang selama ini amat jarang singgah dihati ini. malam-malam yang dilalui dipenuhi dengan muhasabah diri, mencari siapalah diri ini tanpa Dia Yang Maha Pencipta. air mata mengalir mengenangkan betapa kerdil jahilnya diri ini disisi Nya.


dan sejak itu bermulalah penghijrahan saya dari satu sisi yang sangat jauh dari Cinta Allah kembali semula kepada Dia yang paling berhak keatas setiap satu umatNya.
hati ini yang dulunya menepis kata-kata nasihat,kembali menerima. 
yang dulu tergelincir dari landasan kembali dipandu.
penampilan yang kononnya menimbulkan kepuasan kembali diperbetulkan dan dimolekkan.

kerana dengan niat....

untuk mencari dan mengejar Cinta Allah Yang Satu.
mengejar Jannah yang pastinya kekal abadi.
menjadi yang terbaik disisi Dia Yang Menciptakan

kerana saya yakin...

Allah menurunkan ujian kepada hambaNya kerana Dia rindu akan rayuan hambaNya.
Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
dan yang pasti Allah Maha Pengampun bagi hambanya yang benar-benar ikhlas bertaubat dan ingin kembali kepada Nya.

berkat doa dan yakin akan Kekuasaan Allah...

walaupun tidaklah pulih sepenuhnya tetapi kesihatan ini sudah menampakkan perubahan ke arah yang lebih baik Insyallah..
yang pasti saya tidak menyalahkan takdir tetapi bertambah bersyukur kerana saya antara hambaNya yang sangat bertuah dipilih untuk menerima ujian Nya ini yang di akhirnya mendapat sebuah "hadiah" yang sangat tidak ternilai iaitu "Cahaya Ilahi".

tetapi " Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi."

dan "Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah."  (Surah Maryam 19:76)  

jadi sama-sama lah kita mengejar Cinta Allah untuk mendapat ganjaran yang terbaik di akhirat yang pastinya kekal abadi..

wassalam.....


**ingin saya kongsikan ayat 'cahaya' yang saya maksudkan diatas tadi iaitu 'surah mukminun ayat 60-80'













Tuesday 5 June 2012

WARKAH BUAT TUHAN...

YA ALLAH YA TUHANKU..SEGALA PUJI BAGIMU TUHAN SEKALIAN ALAM..PENCIPTA LANGIT DAN BUMI SERTA SEKALIAN MAKHLUK...
YA ALLAH, ENGKAULAH TUHANKU...

YA ALLAH..PADA SIAPA LAGI INGIN AKU MENGADU SEGALA SAKIT PERIT DAN SEGALA MACAM RASA YANG BERPERANG DI JIWA PINJAMAN MU INI..

YA ALLAH..PADA SIAPA LAGI INGIN AKU RAYU..
AGAR SEGALA TAUFAN YANG MERIBUT DI HATI CIPTAANMU INI REDA SEKETIKA..
UNTUK AKU NIKMATI KETENANGAN DARI RAHMAT-RAHMATMU..

YA ALLAH..PADA SIAPA LAGI INGIN AKU TANGIS..
ATAS SEGALA DOSA PEDIH DARI TANGAN-TANGAN KOTOR INI YANG GELAPKAN SEGALA CAHAYA IMANMU DAN ATAS SEGALA KESAL DAN TAUBAT YANG AKU POHON DAN RAYU ENGKAU TERIMA..

YA ALLAH YA RAHMAN..
BERAT SUNGGUH BEBAN YANG KAU GALASKAN DI BAHU INI
JIKA BENAR MEMANG INI TAKDIRMU, AKU POHON KURNIAKANKU SABAR..
JIKA MEMANG INI JALANKU KE SYURGA..AKU RAYU TEMANI AKU BERSAMA..
JIKA INI CARANYA UNTUK AKU RASAKAN MANISNYA SYAHID..
AKU RELA DIBENCI MANUSIA..

YA TUHAN..
AKU SEDAR HAYATKU SEMAKIN TERBATAS..
AKU TAHU DOSA SEMALAM BUATKU SUNYI..
NAMUN SYUKURKU ATAS NIKMAT MASA YANG ENGKAU PINJAMKAN..
SYUKURKU ATAS SEDAR DAN HIDAYAH YANG ENGKAU CAMPAKKAN..
BIARLAH MEREKA TERUS BERPALING BENCI, BIARLAH MEREKA TERUS SANGSI DAN KEJI, BIARLAH MEREKA TERUS ENGGAN BERSAHABAT LAGI..
AKU REDHA WALAUPUN ENGKAU TAHU BETAPA PEDIH DI HATI..
MUNGKIN DI SANA ADA JANJIMU..KERNA PENGAMPUNAN DAN PEMURAH ITU ENGKAU...
BUKAN MEREKA....

YA ALLAH YA TUHANKU..
AIR MATA INI HANYA LAYAKNYA UNTUKMU..
CINTA INI HANYA DAMBANYA KEPADAMU..
HARAPAN INI HANYA PINTANYA PADAMU..
AMPUNKAN AKU ANDAI PERNAH AKU MENANGIS  KERNA MANUSIA..
MAAFKAN AKU ANDAI PERNAH AKU KASIHKAN MANUSIA LEBIH DARI CINTAKU PADAMU..
DAN AMPUNKAN AKU JIKA PERNAH BERHARAP DAN MEMINTA PADA MANUSIA..
SEDANGKAN DISANA ENGKAU SENTIASA PERHATI DAN TELITI..
MAAFKAN AKU KERNA TERLUPA..SEDANGKAN ENGKAULAH PENCIPTA..

YA ALLAH...
JIKA HARI INI AKU HILANG SAHABAT KERNA SALAHKU..
NAMUN AKU BERSYUKUR ENGKAU KURNIAKAN SEDAR ATAS KHILAFKU..

JIKA HARI INI AKU RINDUKAN SENDA TAWA SEORANG TEMAN..
NAMUN AKU BERSYUKUR ENGKAU DEKATKAN LAGI HATI INI UNTUK MERINDUIMU..
JIKA HARI INI AKU LIHAT SEORANG SAHABAT YANG AKU KASIHI BERPALING DAN BERMASAM MUKA..
NAMUN AKU BERSYUKUR ENGKAU MASIH MEMBERI PERHATIANMU ATAS SEGALA NIKMAT YANG DI LIMPAH..

UNTUK APA AKU TERUS BERHARAP KASIH MANUSIA..
SEDANG ENGKAU SENTIASA ADA DISANA..
KERNA AKU YAKIN JANJIMU..
SABAR JAMINAN ENGKAU SEBAGAI TEMANKU..

SEGALA PUJI HANYA BAGIMU...



**terima kasih buat seorang abang yang sangat dikasihi....

Friday 1 June 2012

SAKIT ITU REDHA

assalamualaikum sahabat sekalian..
since dah lama sangat tak update blog ni so hari saya dengan niat yang satu ingin berkongsi dengan sahabat2 yang disayangi semua tentang 'special gift' yang saya dpt dalam 4bulan yang lepas.
Dari seorang yang sangat aktif, lantang suaranya, panjang langkahnya dan dengan hanya satu perintah dari Dia Yang Maha Berkuasa dijatuhkan satu ujian yang bagi saya sangat besar dalam hidup saya.
Saya dengan tiba-tiba ditarik satu nikmat yang selama ni nikmat itu menjadi tunjang utama untuk saya melakukan apa pun yang saya mahukan.
sepasang kaki yang selama 21tahun saya rasakan adalah milik saya, dijaga rapi,diberi pakainya yang molek-molek belaka tetapi kini tidak lagi dapat berkhidmat dengan baik untuk saya.
sehingga kan tidak berlebihan jika saya katakan saya tidak lagi 'mempunyai' sepasang kaki itu.
dengan ujian ini juga saya menjadi seorang yang tidak lagi selincah dulu. tidak lagi mampu melakukan apa yang sangat mudah untuk seorang manusia itu lakukan.
mudah saya katakan yang saya adalah seorang pelajar berusia 22 tahun yang bercita-cita untuk menjadi seorang yang dapat memberikan hidangan makanan yang terbaik buat keluarga serta sahabat-sahabat yang disayangi.
tetapi disebabkan keupayaan tidak mengizinkan, saya terpaksa menangguhkan pengajian saya yang mana saya sendiri tidak pasti berapa lama tempoh untuk saya kembali untuk mengejar segulung diploma itu.
dan dengan usia yang dirasakan baru menyingkap fasa hidup sebenar ini Allah telah menurunkan ujian yang membuatkan separuh jiwa saya tidak lagi sekuat dulu.
tetapi saya bersyukur dengan adanya sebuah keluarga yang sangat membantu untuk saya teruskan hari-hari saya yang tidak lagi semeriah sebelumnya. dalam tempoh ujian ini baru lah saya mengerti betapa sayang dan kasih nya mereka yang berada disekeliling saya. ibu abah yang tidak putus-putus berikhtiar mencari penawar,penat lelah menjadi ganti kepada kaki saya.
wajah dan kerisauan ibu yang seboleh nya tidak ditunjukkan tetapi sangat jelas terpancar. dengan semangat dan keyakinan yang ditunjukkn oleh ibu abah.keluarga dan sahabat-sahabat sedikit sebanyak membuatkan saya semakin kuat menghadapi ujian Allah ini.
abah selalu berpesan berdoa lah dan meminta lah kepada Dia yang Berkuasa.jika Dia yang memberi sakit ini maka Dia juga lah yang mempunyai ubatnya, Dia jugalah yang menyembuhkan.
sesungguhnya segala yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.
mungkin sering mendengar suara-suara sinis berkata 'sudah mendapat susah baru kembali kepada Dia'.
tidak dinafikan cakap-cakap orang itu ada kebenarannya dan inilah hikmah yang tersembunyi disebalik ujian Allah ini.




Diri ini semakin dekat dengan Penciptanya, malam-malam dicuri sedikit masa untuk muhasabah diri dan saya yakin bahawa Allah adakan ujian ini untuk saya menyesali,bertaubat dengan dosa-dosa,perkara mungkar yang pernah saya lakukan. betapa jauhnya hati saya dengan Allah pada waktu itu. walaupun saya dilahirkan berlatar belakang keluarga yang terpelihara yang sentiasa berlandaskan agama Islam tetapi saya hanyut di zaman kegelapan saya itu dahulu dan Alhamdulillah Allah masih menyayangi saya dengan memberi peluang untuk saya kembali bertaqwa dan saya sangat bersyukur dengan ujian ini yang mana Allah memberikan pelangi yang indah disebalik hujan dan panas yang menimpa saya.
ujian Allah ini akhirnya memberikan saya kekuatan. 
Memberikan saya satu fasa hidup yang baru yang mana
bermulalah dengan mendekatkan diri dengan Dia yang Maha Pemurah,Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. saya percaya dan yakin dengan Allah yang mana jika kita mendekatkan diri denganNya dan mencintaiNya maka akan diberikan kita Cintanya Yang Maha Agung. selama ini kita mungkin lalai dengan nikmat syurga dunia yang hanya sementara ini walhal kita lupa betapa indahnya syurga akhirat yang dijanjikan untuk mereka yang bertaqwa.
dengan bermula dari menyempurnakan peribadi,pertingkatkan amalan, memperbaiki cara pemakaian dan akhirnya hati ini semakin tenang.
perasaan tenang yang selama ini amat jarang sekali dirasai. 
semuanya kerana adanya cinta kepada Allah. 
betapa bersyukurnya saya kerana dengan cinta Allah maka Dia turunkan ujian untuk saya tetapi disusuli hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.






kadang-kala Allah tidak memakbulkan doa kita
bukan kerana Dia tidak mendengar permintaan kita
tetapi mungkin Dia simpan untuk memakbulkan doa-doa kita yang lain nanti

saya percaya dengan doa kerana saya percaya dan yakin dengan Allah..
dan alhamdulillah Allah dengan baik hati telah memakbulkan banyak doa saya

semoga tulisan ini dapat memberi pengajaran kepada sahabat-sahabat yang sangat saya kasihi..
yang baik datang dari Dia dan mungkin yang buruk datang dari diri saya sendiri

wassalamm..

p/s: kaki ini sudah mampu memberi kerjasama kepada saya dalam tempoh 2mggu ini..terima kasih YA ALLAH :):)