CINTA ALLAH CINTA SEJATI

Ya Rabb..
janganlah Engkau Palingkn hati ini
setelah Engkau beri aku Hidayah
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih.

Thursday 21 June 2012

PETUNJUK JALAN NYA..

assalamualaikum sahabat yang saya kasihi sekalian.
semoga anda sentiasa berada dibawah payung Redha Allah Yang Maha Pengasih. Insyallah..
entry kali ini saya nukilkan khas untuk pedoman bersama anda wahai sahabat-sahabat saya yang sangat saya kasihi.

bermula dengan perjalanan seorang hamba yang bertatih mengenal wajah dunia yang bermacam warnanya, yang bermacam bentuknya..saya juga seperti hamba-hamba Nya yang tidak lepas dari kealpaan,kelalaian yang akhirnya mencemarkan sehelai kain putih yang dijaga rapi sejak mula bisikan azan singgah ke cuping ini.
betapa peritnya mengenangkan kembali titik-titik hitam yang dilakar sendiri oleh tangan pemberian Nya ini.
nikmat tubuh badan sihat sempurna yang sepatutnya dicipta khas untuk bertawajjuh kepada Dia yang memberi nikmat.tetapi akhirnya dicemari dengan perkara-perkara hitam dan kelam yang akhirnya membinasakan diri saya sendiri.

tetapi Allah itu Maha Pemurah..
ditunjukkan dan diberikan mereka-mereka yang berada disekeliling untuk dilemparkan tali ke arah saya supaya bersama-sama mereka mengejar Cinta Illahi. 
tetapi hati ini,hati yang lebih mendorong kepada asyiknya, indahnya kecantikan dunia memilih cinta dunia yang sia-sia..

hati yang dianugerahkan molek dan suci sifatnya, akhirnya menjadi keras dan semakin lupa siapa lah aku di bumi Nya Yang Maha Pencipta ini. 
hari-hari dilalui dengan gelak ketawa, gurau senda dan bahagia yang dirasakan akan berkekalan ini akhirnya tiba dikemuncaknya..

apabila dengan hanya satu perintah dari Nya, maka diturunkan satu ujian yang sangat besar bagi saya yang selama ini bebas melakukan apa juga yang saya diinginkan..
ditariknya salah satu nikmat yang selama 21tahun saya pelihara sebaiknya.

diusahakan pelbagai cara,ikhtiar pelbagai kaedah,dicarinya ubat-ubatan yang mujarab tetapi sepanjang tiga bulan keadaannya tetap sama. 

hari-hari dilalui amatlah perit dan pedih.
dan dengan izin Allah juga,
melalui seorang hamba Allah, dititipkan beberapa ayat suci Al-Quran untuk saya jadikan amalan.
dengan suara yang terdetik dihati ini berkata "sia-sialah jika kau membacanya tanpa mengetahui akan makna dan kisah disebalik ayat-ayat itu"

lantas tafsir diselak helaian demi helaian,ayat demi ayat dengan terang dan nyata..
dan aku tersedar dari gegelung hitam yang selama ini aku penghuninya..bahawa 'aku tergolong bersama mereka yang lalai,yang hanya kembali mengingati Allah apabila ditimpakan kesusahan keatasnya'


dari titik itu timbul satu perasaan yang selama ini amat jarang singgah dihati ini. malam-malam yang dilalui dipenuhi dengan muhasabah diri, mencari siapalah diri ini tanpa Dia Yang Maha Pencipta. air mata mengalir mengenangkan betapa kerdil jahilnya diri ini disisi Nya.


dan sejak itu bermulalah penghijrahan saya dari satu sisi yang sangat jauh dari Cinta Allah kembali semula kepada Dia yang paling berhak keatas setiap satu umatNya.
hati ini yang dulunya menepis kata-kata nasihat,kembali menerima. 
yang dulu tergelincir dari landasan kembali dipandu.
penampilan yang kononnya menimbulkan kepuasan kembali diperbetulkan dan dimolekkan.

kerana dengan niat....

untuk mencari dan mengejar Cinta Allah Yang Satu.
mengejar Jannah yang pastinya kekal abadi.
menjadi yang terbaik disisi Dia Yang Menciptakan

kerana saya yakin...

Allah menurunkan ujian kepada hambaNya kerana Dia rindu akan rayuan hambaNya.
Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
dan yang pasti Allah Maha Pengampun bagi hambanya yang benar-benar ikhlas bertaubat dan ingin kembali kepada Nya.

berkat doa dan yakin akan Kekuasaan Allah...

walaupun tidaklah pulih sepenuhnya tetapi kesihatan ini sudah menampakkan perubahan ke arah yang lebih baik Insyallah..
yang pasti saya tidak menyalahkan takdir tetapi bertambah bersyukur kerana saya antara hambaNya yang sangat bertuah dipilih untuk menerima ujian Nya ini yang di akhirnya mendapat sebuah "hadiah" yang sangat tidak ternilai iaitu "Cahaya Ilahi".

tetapi " Hidayah ni mungkin hanya akan datang sekali je dalam hidup kita. Jadi bila kita rasa hidayah tu hadir, peluklah erat-erat dan genggam lah kemas-kemas. Jangan biarkan ia terlepas pergi. Andainya terlepas, mungkin hidayah itu takkan datang lagi."

dan "Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah."  (Surah Maryam 19:76)  

jadi sama-sama lah kita mengejar Cinta Allah untuk mendapat ganjaran yang terbaik di akhirat yang pastinya kekal abadi..

wassalam.....


**ingin saya kongsikan ayat 'cahaya' yang saya maksudkan diatas tadi iaitu 'surah mukminun ayat 60-80'













No comments:

Post a Comment