since dah lama sangat tak update blog ni so hari saya dengan niat yang satu ingin berkongsi dengan sahabat2 yang disayangi semua tentang 'special gift' yang saya dpt dalam 4bulan yang lepas.
Dari seorang yang sangat aktif, lantang suaranya, panjang langkahnya dan dengan hanya satu perintah dari Dia Yang Maha Berkuasa dijatuhkan satu ujian yang bagi saya sangat besar dalam hidup saya.
Saya dengan tiba-tiba ditarik satu nikmat yang selama ni nikmat itu menjadi tunjang utama untuk saya melakukan apa pun yang saya mahukan.
sepasang kaki yang selama 21tahun saya rasakan adalah milik saya, dijaga rapi,diberi pakainya yang molek-molek belaka tetapi kini tidak lagi dapat berkhidmat dengan baik untuk saya.
sehingga kan tidak berlebihan jika saya katakan saya tidak lagi 'mempunyai' sepasang kaki itu.
dengan ujian ini juga saya menjadi seorang yang tidak lagi selincah dulu. tidak lagi mampu melakukan apa yang sangat mudah untuk seorang manusia itu lakukan.
mudah saya katakan yang saya adalah seorang pelajar berusia 22 tahun yang bercita-cita untuk menjadi seorang yang dapat memberikan hidangan makanan yang terbaik buat keluarga serta sahabat-sahabat yang disayangi.
tetapi disebabkan keupayaan tidak mengizinkan, saya terpaksa menangguhkan pengajian saya yang mana saya sendiri tidak pasti berapa lama tempoh untuk saya kembali untuk mengejar segulung diploma itu.
dan dengan usia yang dirasakan baru menyingkap fasa hidup sebenar ini Allah telah menurunkan ujian yang membuatkan separuh jiwa saya tidak lagi sekuat dulu.
tetapi saya bersyukur dengan adanya sebuah keluarga yang sangat membantu untuk saya teruskan hari-hari saya yang tidak lagi semeriah sebelumnya. dalam tempoh ujian ini baru lah saya mengerti betapa sayang dan kasih nya mereka yang berada disekeliling saya. ibu abah yang tidak putus-putus berikhtiar mencari penawar,penat lelah menjadi ganti kepada kaki saya.
wajah dan kerisauan ibu yang seboleh nya tidak ditunjukkan tetapi sangat jelas terpancar. dengan semangat dan keyakinan yang ditunjukkn oleh ibu abah.keluarga dan sahabat-sahabat sedikit sebanyak membuatkan saya semakin kuat menghadapi ujian Allah ini.
abah selalu berpesan berdoa lah dan meminta lah kepada Dia yang Berkuasa.jika Dia yang memberi sakit ini maka Dia juga lah yang mempunyai ubatnya, Dia jugalah yang menyembuhkan.
sesungguhnya segala yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.
mungkin sering mendengar suara-suara sinis berkata 'sudah mendapat susah baru kembali kepada Dia'.
tidak dinafikan cakap-cakap orang itu ada kebenarannya dan inilah hikmah yang tersembunyi disebalik ujian Allah ini.
Diri ini semakin dekat dengan Penciptanya, malam-malam dicuri sedikit masa untuk muhasabah diri dan saya yakin bahawa Allah adakan ujian ini untuk saya menyesali,bertaubat dengan dosa-dosa,perkara mungkar yang pernah saya lakukan. betapa jauhnya hati saya dengan Allah pada waktu itu. walaupun saya dilahirkan berlatar belakang keluarga yang terpelihara yang sentiasa berlandaskan agama Islam tetapi saya hanyut di zaman kegelapan saya itu dahulu dan Alhamdulillah Allah masih menyayangi saya dengan memberi peluang untuk saya kembali bertaqwa dan saya sangat bersyukur dengan ujian ini yang mana Allah memberikan pelangi yang indah disebalik hujan dan panas yang menimpa saya.
ujian Allah ini akhirnya memberikan saya kekuatan.
Memberikan saya satu fasa hidup yang baru yang mana
bermulalah dengan mendekatkan diri dengan Dia yang Maha Pemurah,Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. saya percaya dan yakin dengan Allah yang mana jika kita mendekatkan diri denganNya dan mencintaiNya maka akan diberikan kita Cintanya Yang Maha Agung. selama ini kita mungkin lalai dengan nikmat syurga dunia yang hanya sementara ini walhal kita lupa betapa indahnya syurga akhirat yang dijanjikan untuk mereka yang bertaqwa.
dengan bermula dari menyempurnakan peribadi,pertingkatkan amalan, memperbaiki cara pemakaian dan akhirnya hati ini semakin tenang.
perasaan tenang yang selama ini amat jarang sekali dirasai.
semuanya kerana adanya cinta kepada Allah.
betapa bersyukurnya saya kerana dengan cinta Allah maka Dia turunkan ujian untuk saya tetapi disusuli hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.
kadang-kala Allah tidak memakbulkan doa kita
bukan kerana Dia tidak mendengar permintaan kita
tetapi mungkin Dia simpan untuk memakbulkan doa-doa kita yang lain nanti
saya percaya dengan doa kerana saya percaya dan yakin dengan Allah..
dan alhamdulillah Allah dengan baik hati telah memakbulkan banyak doa saya
bukan kerana Dia tidak mendengar permintaan kita
tetapi mungkin Dia simpan untuk memakbulkan doa-doa kita yang lain nanti
saya percaya dengan doa kerana saya percaya dan yakin dengan Allah..
dan alhamdulillah Allah dengan baik hati telah memakbulkan banyak doa saya
semoga tulisan ini dapat memberi pengajaran kepada sahabat-sahabat yang sangat saya kasihi..
yang baik datang dari Dia dan mungkin yang buruk datang dari diri saya sendiri
wassalamm..
p/s: kaki ini sudah mampu memberi kerjasama kepada saya dalam tempoh 2mggu ini..terima kasih YA ALLAH :):)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment